BAGI menghargai peminat yang sentiasa memberikan sokongan, band popular Indonesia, Ungu, bakal menjayakan konsert 29th Anniversary – Symphony of Ungu di Kuala Lumpur.
Ungu yang menginspirasi ramai peminat menerusi muzik mereka yang penuh dengan mesej-mesejnya tersendiri ini, akui tidak sabar untuk bertemu peminat khususnya di konsert.
Memilih Plenary Hall, KLCC sebagai lokasi untuk menyambut ulang tahun mereka yang ke-29 itu, Ungu yang popular dengan lagu Cinta Dalam Hati, Percaya Padaku dan Andai Ku Tahu ini menjanjikan sebuah persembahan yang bertenaga buat penonton yang hadir pada hari konsert itu.
Oleh itu, mereka memilih orkestra sebagai konsep konsert ini dengan tema 29th Anniversary – Symphony of Ungu.
Penganjuran konsert Symphony Of Ungu sebenarnya adalah untuk memberi penghargaan kepada Ungu yang sentiasa memberikan karya-karya yang memberi kesannnya tersendiri kepada peminat muzik tanah air.
Dengan kredibiliti yang diketahui umum, Ungu pasti tidak memgecewakan peminat dan menampilkan persembahan yang sangat bertenaga melalui sentuhan okestra daripada J.P Denny.
Menurut wakil penganjur dari syarikat Apex Venture Global Sdn Bhd, konsert tersebut juga sempena meraikan hampir 30 tahun Ungu dalam industri muzik.
“Kami sebagai penganjur percaya konsert ini mampu mencapai target kerana Ungu merupakan sebuah Kumpulan yang mempunyai sokongan daripada peminat mereka yang tersendiri apatah lagi mereka sudah hampir usia tiga dekad dalam industri muzik Malaysia dan Indonesia, ” katanya.
Katanya lagi, para peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket secepat mungkin agar tidak terlepas menyaksikan detik bersejarah itu.
“Kapasiti dewan itu hanya boleh memuatkan kurang daripada 3000 orang penonton oleh itu kami sarankan peminat segera mendapatkan tiket mereka bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang menonton dan merasai konsert yang akan memberikan kenangan yang amat bermakna buat mereka yang hadir,” ujarnya.
29th Anniversary – Symphony of Ungu bakal berlangsung pada 12 Julai tahun ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.
Untuk itu, pembelian tiket boleh didapati melalui platform www.ticket2u.com.my.
Untuk sebarang pertanyan boleh hubungi Amin di talian 012-2025019 – WILAYAHKU