SERAMAI 250 orang dalam kalangan asnaf dan mereka yang mengidap penyakit kronik menerima bantuan di peringkat Parlimen Miri, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.
Beliau berkata bantuan itu disalurkan melalui Program Ramah Mesra Madani sempena lawatan kerjanya di Miri, Sarawak.
“Kerajaan MADANI hari ini amat menekankan nilai ihsan yang menjadi teras agar rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.
“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seringkali menegaskan bahawa pentingnya mengangkat golongan yang kurang berkemampuan keluar dari zon kemiskinan,” katanya di Facebook.
Beliau berharap bantuan itu dapat meringankan beban mereka seharian.
Turut hadir dalam program itu, Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, David Cheong. – WILAYAHKU