20 suri rumah di bawah Parlimen Hulu Selangor diberi penajaan dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
Penajaan yang diberikan oleh Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan dalam program tersebut merupakan inisiatif awal untuk membantu suri rumah yang belum mencarum agar dilindungi daripada sebarang risiko bencana.
“Terima kasih kepada Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Rawang, Khairul Mizan dan semua kakitangan PERKESO yang turut serta.
“Juga penghargaan kepada Dr Saiful yang mewakili Penyelaras Dun Hulu Bernam, Datuk Mohd Isa, ketua-ketua kampung dan ahli-ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang hadir dalam program ini,” katanya.
Sathia turut merakamkan penghargaan kepada penaung bersama program itu,
Saifuddin Shafi Muhammad yang tidak dapat hadir bersama di atas urusan kerja di luar kawasan.
Turut hadir penghulu, ketua kampung di bawah Parlimen Hulu Selangor serta suri rumah yang ditaja.
Pihak PERKESO telah memberikan taklimat secara menyeluruh berkaitan faedah-f1jk&ft maedah PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969 (Akta 4), Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789), Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah (Akta 838).
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang mula diperkenalkan pada 1 Disember 2022 bukan sahaja memberi perlindungan kepada kematian dan penyakit kronik malah turut meliputi bencana domestik.
Bencana domestik seperti kemalangan semasa menghantar anak ke sekolah, memberi barang keperluan di pasar dan aktiviti menguruskan rumah tangga di dalam rumah.
Sepanjang Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) ini diperkenalkan, tuntutan yang telah direkodkan adalah sebanyak 100 kes di seluruh Negeri Selangor dan bayaran faedah yang telah diagihkan adalah sebanyak RM146,079.613.
Berdasarkan statistik semasa, jumlah suri rumah berinsurans yang giat aktif mencarum sehingga kini adalah seramai 471,085 seluruh Malaysia, yang mana 420,439 suri rumah adalah di bawah inisiatif kerajaan (E-Kasih) untuk golongan B40.
Dalam program itu pihak PERKESO mengucapkan sekalung penghargaan kepada Sathia di atas tajaan yang diberikan kepada suri rumah terpilih.
“Diharapkan dengan inisiatif ini, ia dapat memberi manfaat kepada suri rumah dan waris terhadap perlindungan SKSSR sekiranya berlaku kematian mahupun bencana domestik,” kata Khairul.
Pegawai Skuad Prihatin dan Sosial Sinergi Pejabat PERKESO Rawang, Nur Akmaliza Md Hafizan turut menerangkan mengenai
fungsi untuk menyalurkan maklumat dan tindakan proaktif bagi proses tuntutan faedah melangkaui ekspetasi pelanggan. – WILAYAHKU