HAMPIR dua dekad bertunang, akhirnya pemenang Oscar kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dan tunangnya, Jean Todt berkahwin pada 27 Julai baru-baru ini.
Jean Todt adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt.
Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat mereka di Geneva, Switzerland.
Berita itu turut dikongsi oleh pelumba F1 Brazil Felipe Massa, 42, di akaun Instagramnya pada hari Jumaat, mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.
“Selamat perkahwinan #JeanTodt & #michelleyeoh sangat menyayangimu,” katanya.
Todt, 77, pertama kali bertemu dengan Yeoh, 60, di Shanghai, China pada 4 Jun 2004, dan selepas satu setengah bulan bercinta, legenda F1 Perancis dan eksekutif perlumbaan permotoran itu melamar kekasihnya pada 26 Julai 2004.
Ternyata tahun ini memberikan banyak kenangan Manis buat Yeoh.
Pada bulan Mac lalu, beliau mencipta sejarah dengan menjadi wanita Asia pertama memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya dalam Everything Everywhere All At Once (2022). – WILAYAHKU