WOW! Lagu baharu BLACKPINK yang berjudul How You Like That mendapat 112 juta tontonan di Youtube dalam masa sehari. Bukan itu sahaja, lagu ini juga sedang trending nombor satu di laman Twitter.
Mana tidaknya, lagu yang dilancarkan pada 26 Jun 2020 ini mendapat sambutan hebat daripada peminat di seluruh dunia.

Lagu How You Like That nyanyian kumpulan dari Korea naugan YG Entertainment ini adalah single pertama yang dikeluarkan dari album comeback mereka.
Siapakah empat lelaki yang merupakan orang penting di sebalik lagu How You Like That?
Teddy Park sekali lagi terlibat sebagai penulis lirik yang dibantu oleh Danny Chung. Sebagai tambahan, R.Tee dan 24 membantu sebagai komposer dan juga pengeluar.

Nama Teddy Park sebagai producer utama dan bos The Blacklabel YG Entertainment tidak asing bagi peminat.
Tidak hanya menulis lirik lagu How You Like That, Teddy juga terlibat dalam semua lagu yang dikeluarkan oleh BLACKPINK termasuk kolaborasi dengan Lady Gaga’s Sour Candy. Teddy Park adalah antara individu penting di sebalik kejayaan BLACKPINK.

Begitu juga dengan Danny Chung yang banyak membantu Teddy dalam membuat lirik lagu Really, dalam album mini BLACKPINK berjudul Square Up, yang dilancarkam pada 15 Jun 2018.
Selain itu, peranan dua orang komposer hebat R.TEE dan 24 juga penting dalam pembikinan keseluruhan lagu How You Like.

Sebelum ini, R.TEE dan 24 terlibat dalam membuat lagu BLACKPINK seperti Kill This Love, DDU-DDU-DDU-DDU, See U Later dan Dont Know What To Do.
Tanpa keempat-empat individu inj tidak mungkin BLACKPINK boleh berada di tahap sekarang.
BLACKPINK yang dianggotai oleh Rosé, Jennie, Lisa dan Jisoo ini dijangka muncul dengan album baharu pada September 2020. Bagaimanakah agaknya lagu-lagu dalam baharu mereka nanti ya! – WILAYAHKU
Sumber: murai.my. Foto: Instagram @blackpink