Biz

10 duta terkenal diserbu… Bukti Jakel hargai pelanggan

- Diterbit 1 Februari 2025 4:04 PM MYT

PELUANG bertemu mata dengan 10 selebriti terkenal yang merupakan duta Jakel hari ini, meninggalkan kenangan manis buat ratusan pelanggan yang hadir ke sesi Meet & Greet di bangunan Jakel, Shah Alam, hari ini.

Ini membuktikan bahawa Jakel sentiasa berusaha untuk terus menghargai pelanggan setia selama ini.

Apa yang istimewa, pengunjung yang hadir berpeluang untuk beramah mesra bersama Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal serta Elly Mazlein.

SEBAGAI menghargai pelanggan, Jakel bawakan 10 duta terkenal untuk sesi beramah mesra

Bukan itu sahaja, program hari ini cukup meriah dengan kemunculan anggota kumpulan pelawak Senariounion, Anzalna seisi keluarga, selain Upin & Ipin termasuk tiktoker Sallywho.

Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani
Mohamed Jakel berkata, acara yang bakal bermula 9 pagi hingga 2
petang itu adalah bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan
Jakel pada masa sama membuka peluang orang ramai melihat produk
terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.

“Kita menghargai peminat atau para pelanggan apabila mereka tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

“Para pengunjung bukan sahaja boleh bertemu, malah mereka boleh
bergambar dengan barisan duta yang hadir,” katanya.

SENARIOUNION
FATTAH Amin

Tambah Mohamed Izani, di samping itu, Jakel turut mengadakan kuiz
interaktif yang bakal menawarkan hadiah menarik kepada para
pengunjung.

“Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada
acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya
untuk potongan harga.

“Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatan koleksi raya terbaharu
Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua
peringkat umur,” ujarnya.

Jelasnya, pengunjung juga dilihat tidak bimbang berhubung soal keselesaan kerana Jakel menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma.

“Pelanggan yang hadir juga nampaknya tidak risau tentang ruang beli belah,
kerana ia luas dan selesa.

“Malah kami juga menyediakan kemudahan buggy bagi memastikan
pengunjung seperti warga emas selain golongan bantuan khas dapat
bergerak lebih mudah dari kawasan parkir ke bangunan utama,” katanya.

Untuk keterangan lanjut atau pertanyaan, pihak media boleh hubungi
Pegawai Pemasaran Jakel Cawangan Shah Alam, Encik Saiful Azlan di
talian 011-1650 3922. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas